Skip to main content

Posts

Featured

Kelebihan makan kurma Ajwah

  Kelebihan makan kurma Ajwah Terdapat hadis-hadis yang menyebutkan mengenai kelebihan memakan 7 biji kurma Ajwah pada waktu pagi. Di antaranya daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda : مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.”  [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)] Begitu juga, daripada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda : إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً - أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ - أَوَّلَ الْبُكْرَةِ Maksudnya : “Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.”  [HR Muslim (2048)] Imam al-Nawawi menyatakan bahawa  ‘Aliyah  ialah kawasan yang terdiri daripada kebun-kebun, perkampungan dan pekan dari dataran tinggi Madinah yang menuju ke arah Najd. Atau datara

Latest Posts